"Sephia," tertoleh - toleh Sephia menerusi jendela kaca berserta tirai yang separuh tertutup, cuba melihat ke dalam bilik yang berada di sebelah kanannya dalam lingkungan jarak 13 meter merentasi 4 komputer pekerja lain dan pintu yang membahagi pejabat Datin Ela dari ruangan lain. Tanpa berlengah, Sephia terus bangun memperkemas kemeja Padininya yang dipadankan dengan skirt paras lutut dari butik Giordano dan berjalan beralaskan tumit tinggi Dato' Jimmy Choo. Sampai di muka pintu, Datin Ela mengarahkan Sephia duduk di hadapan nya sambil mata tertumpu pada skrin komputer ribanya.
"Hari ini kita akan adakan progress meeting dengan semua ketua bahagian dan saya mahu awak bersiap sedia dengan maklumat - maklumat terkini setiap bahagian, faham?" Tegas Datin Ela dengan nada seorang professional.
"Saya faham Datin. Err.... Ada apa - apa lagi Datin?" Tanya Sephia.
"Setakat itu sahaja rasanya untuk petang nanti,"
"Baik, Datin," Sephia berdiri dengan cepat lantas bergegas menarik tombol pintu pejabat Datin Ela.
"Sephia," panggil Datin Ela.
"ya saya, Datin," Jawab Sephia.
"Saya yakin awak memang berpotensi untuk pergi jauh," Datin senyum meleret. "Good job, Sephia!"
"Terima kasih Datin," Sephia kaget secara tiba - tiba melangkah keluar dari pejabat itu dengan senyuman yang lembut. Dia memperbetulkan cermin matanya dan menyelit rambut yang jatuh di wajah lembutnya kebelakang telinga. Sephia berjalan semula ke tempatnya dengan motivasi diri baru untuk membantu seramai mungkin yang mampu dibantunya. Dia puas.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment